Saturday 26 November 2016

Ultrasound


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Klinik Dr.Mohammad. Klinik Dr.Mohammad ada menyediakan perkhidmatan ultrasound 2D dan 4D kepada semua ibu-ibu mengandung.

Ultrasound 2D dan 4D bertujuan untuk mengetahui keadaan bayi didalam perut dan untuk memeriksa jantina bayi. Ultrasound boleh dilakukan pada kos yang berpatutan. Ibu-ibu juga akan mendapat keterangan daripada doktor tentang keadaan bayi didalam perut selepas ultrasound.

Hanya doktor muslimah sahaja yang akan menjalankan proses ini. Selain itu, ultrasound untuk bahagian perut juga ada disediakan seperti ultrasound buah pinggang, hati, hempedu, prostate dan lain-lain.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi 04-7870284.

Saturday 19 November 2016

Promosi Berkhatan




Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Klinik Dr.Mohammad. Sempena musim cuti sekolah ini, klinik kami ada menyediakan perkhidmatan berkhatan.

Pada bulan November - Disember 2016 diadakan promosi berkhatan pada harga yang berpatutan. Segala kos termasuk dengan harga perubatan, perkhidmatan dan konsultasi yang lengkap.

Segala persoalan sila hubungi 04-7870284. Terima kasih☺

Promosi Berkhatan



















Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Klinik Dr.Mohammad. Cuti sekolah, ibu bapa sedia maklum dengan musim berkhatan. Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari tempat yang terbaik dari segi layanan dan perkhidmatan untuk anak-anak berkhatan, tuan dan puan bolehlah berdaftar di klinik ini untuk berkhatan.

Di klinik ini anda akan dilayan dengan mesra dan segala perubatan yang berkaitan untuk berkhatan disediakan dengan lengkap disini. Ramai ibu bapa yang berpuas hati dengan perkhidmatan klinik ini.

Sekarang Klinik Dr.Mohammad mengadakan promosi berkhatan sempena cuti sekolah. Promosi ini sah pada November - Disember 2016 sahaja. Hanya tinggal beberapa tempat kosong sahaja untuk berkhatan. Sila hubungi klinik kami untuk membuat pendaftaran sebelum terlambat 04-7870284.

Selamat Datang ke Klinik Dr.Mohammad



Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Klinik Dr.Mohammad. Blog ini dilancarkan pada 19 November 2016 untuk memudahkan para pengunjung yang masih tercari-cari klinik yang terbaik di sekitar Alor Setar, Kedah.

Klinik ini dibuka pada Mac 2015 dan terdiri daripada 6 orang pekerja. Dua orang doktor iaitu Dr.Mohammad Bahruddin dan Dr.Noor Hafizun beserta empat orang pembantu klinik yang mempunyai pengalaman mengenai pengurusan klinik dan cekap bertindak apabila menerima arahan.

Klinik Dr.Mohammad terletak di Jalan Langgar berhadapan dengan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Klinik ini juga berdekatan dan lebih tepat sederet dengan Restoran Nasi Kandar Hussain.

Untuk pertanyaan lebih lanjut sila hubungi 04-7870284.