Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Klinik Dr.Mohammad. Klinik Dr.Mohammad ditubuh pada Mac 2015 dan terdiri daripada 6 orang pekerja iaitu dua orang doktor dan empat orang pembantu klinik.
Klinik ini ditubuhkan untuk memudahkan pesakit yang berdekatan Jalan Langgar dan sekitar Alor Setar untuk mendapatkan rawatan dengan pantas. Selain itu, klinik ini juga mengenakan kos yang berpatutan kepada setiap pesakit.
Lokasi yang lebih tepat adalah klinik ini terletak berhadapan dengan Hospital Sultanah Bahiyah, sederet dengan Restoran Nasi Kandar Hussain. Dua orang doktor ditugaskan untuk merawat pesakit. Seorang doktor lelaki dan seorang doktor perempuan.
Untuk ultrasound, doktor muslimah yang akan mengendalikannya. terdapat pelbagai servis yang disediakan di klinik ini seperti, ECG, medical check-up, ultrasound 2D dan 4D serta berkhatan.
Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi pihak kami di talian 04-7870284. Terima kasih.